Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadits Nabi menyatakan: Daripada Anas ra, Nabi SAW bersabda yang Artinya: "Apabila seorang perempuan mendirikan sholat lima waktu, berpuasa (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, yaitu menunaikan kewajibannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sholat, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. Sebuah hadits menyebutkan bahwa sholat adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: " Sesungguhnya perkara yang pertama sekali ditimbang dari amalan hamba di hari kiamat ialah sholat; sekiranya sholat itu sempurna, maka beruntung dan bergembiralh dia, dan sekiranya ia rusak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajiban fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi) Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya hak dan tanggung jawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh dikategorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya ~Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik~ KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu,bnyk di kalangan wanita sanggup membelanjakan uang yang banyak untuk kecantikan wajah. Diantara cara yg dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebagian atau semuanya. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik. Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia kcntkn wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam dan terus hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran berbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak sesuai dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan. Mlht kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu- bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: " Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu semampumu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al- Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al- Mutanammisah)mencabut bulu kening atau bulu muka (al- Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al- Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah." Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa arti bahwa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al- Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita- wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. Keterangan di atas menunjukkan perkataan al- Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita karena perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadits kedua,hanya dibolehkan merapikan saja